Link

 MAJLIS PERSARAAN PN LASZNAH BT HAMID(PK HEM) 26.05.2014

 

 

Pn laznah

 

26hb Mei 2014,Isnin bersamaa 26 Rejab 1434 M telah diadakan majlis persaraan Pn Lasznah binti Hamid yang telah disambut oleh semua warga SKKS.Aktiviti dan ucapan telah diadakan selepas waktu rehat tahap satu iaitu jam 10.30 pagi.Ucapan penghargaan oleh Pn guru besar Pn Aziza Bt Mahamud yang mewakili semua warga SKKS.Seterusnya ucapan Pn Laznah binti Hamid yang penuh bermakna dan menyentuh perasaan semua warga SKKS.

Penyampaian hadiah oleh semua warga SKKS iaitu guru-guru, staf dan murid-murid kepada Pn Lasznah binti Hamid.Akhirnya salam bersalaman diantara murid-murid dan semua guru dengan Pn Lasznah. Seterusnya beliau diarak menaiki  pickup toyota ke jalan besar diiringi dengan  lambaian murid-murid dikiri kanan jalan. Selamat bersara cikgu…jasa cikgu sentiasa kami kenang, semoga pengorbanan cikgu selama ini mendapat balasan setimpal dari ALLAH SWT. amin ya berallamin…

Nak tengok gambar…klik

https://www.facebook.com/skksalang.perlis/media_set?set=a.300488353443520.1073741950.100004470728583&type=3