MINIT MESYUARAT 2012

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KEDUA 2012/2013

Tarikh : 16 Julai 2012 ( Isnin )
Jam : 8.30 Malam
Tempat : Bilik Salang Perdana SKKS

Kehadiran
1. Pn. Aziza bt Mahamud (Penasihat)
2. Tn. Hj Azali bin Abas (YDP PIBG
3. En. Shaharim bin Saad (Naib YDP PIBG)
4. En. Sahairuzizan bin Hj Siden (Setiausaha)
5. Pn. Alina bt Ibrahim (Pen. S/U)
6. Pn. Syakirah bt Ahmad (Bendahari)
7. En. Noordin bin Osman (AJK)
8. Pn. Lasznah bt Hamid (AJK)
9. En Ab. Rahman bin Ismail (AJK)
10. En. Roslan bin Omar (AJK)
11. En. Shahedan bin Dahaman (AJK)
12. Pn. Anisah bt Hamid @ Man (AJK)
13. Pn. Siti Nur Adila bt Had (AJK)
14. En. Azni bin Ahmad (AJK)
15. En. Ahmad bin Ismail (AJK)

Tidak Hadir:

16. En. Amiruddin bin Md Khairi (AJK) – Bersebab
17. En. Kamaruddin bin Manaf (AJK) – Bersebab

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan salam kepada semua AJK yang hadir dan ucapan syukur kehadrat Ilahi kerana dapat berjumpa bagi mesyuarat AJK kali ke 2 bagi sesi 2011/2012. Mesyuarat dimulakan dengan Umul Kitab Al-Fatihah.
1.2 Pengerusi memaklumkan ucapan tahniah kepada peserta sambutan MSSM kerana berjaya mengadakan sambutan yang penuh gemilang dan mendapat pujian Raja Perlis.

2.0 Ucapan Tn Guru Besar

2.1 Tn Guru Besar diwakili oleh PK HEM, Pn Lasznah mengucapkan salam kepada semua AJK yang hadir .
2.2 Pn Lasznah memaklumkan tentang bangunan baru telah digunakan sepenuhnya dan gotong royong antara guru dan murid telah dilakukan .
2.3 Percubaan UPSR pada 24-26 Julai 2012 akan dilaksanakan di bangunan baru yang telah dilengkapi dengan perabot..
2.4 Program Motivasi Keibubapaan tahun 4 dan tahun 5 telah diadakan pada 13 Julai 2012, Pensyarah dari IPGM, En. Noridan telah menyampaikan ceramahnya.
2.5 Bilik guru lama telah dijadikan surau dan bilik surau lama dijadikan kelas KAFA.Bilik guru lama telah dijadikan Kelas Tasmik dan Bilik guru Tahap 1 berpindah ke kelas 5A.
2.6 Berkaitan Lintasan Zebra, surat telah dihantar pada 26 Jun 2012 dan tunggu respon dari MKJR.
2.7 Tender kantin akan dibuka pada 17 Julai 2012 dan akan ditutup pada bulan September, bulan Oktober keputusan pemilihan kepada pengusaha kantin yang berjaya mendapat tender.

3.0 Meneliti dan Menerima Minit Mesyuarat Jawatankuasa PIBG kali pertama

3.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali pertama.
3.2 Pn. Syakirah mencadangkan minit mesyuarat diterima dan En. Ahmad menyokong.

4.0 Laporan Kewangan PIBG

4.1 Pn Syakirah membentang laporan kewangan PIBG terkini.
4.2 En. Ahmad mencadangkan laporan kewangan diterima dan disokong sebulat suara

5.0 Gotong Royong Sekolah

5.1 Pn. Lasznah menyatakan gotong royong perlu dilaksanakan kerana melibatkan barang yang berat yang perlu diangkut ke bangunan baru.Murid tahun 4 dan tahun 5 banyak membantu guru memindahkan barang.

5.2 En Ab rahman menyatakan kebanyakan perabot yang besar telah diangkut oleh kontraktor .
5.3 En. Azali mencadangkan gotong royong tidak perlu dilaksanakan dan disokong sebulat suara.

6.0 Hal-hal lain

6.1 Tuan Pengerusi menyatakan banguna lama akan dijadikan dewan terbuka yang mempunyai pentas.Peruntukan dari Menteri Besar Perlis dari aspek penyelenggaraan boleh dipohon melalui saluran tersebut yang tidak melebihi kos penyelenggraan RM 20,000.
6.2 Pn. Lasznah menyatakan pihak TNB dan JKR telah melakukan pemeriksaan ke atas bangunan terbabit. JKR telah membuat pemilihan termasuk SK Kampong Salang.
6.3 En .Ab Rahman mencadangkan projek tempat air sembahyang perempuan dan penghadang padang berdekatan bangunan baru.
6.4 En Azali mencadangkan guru besar membuat permohonan kepada Pejabat Menteri Besar.
6.5 En.Azali mencadangkan pihak sekolah perlu membuat gotong royong bersama Ibu Bapa menanam pokok di sekitar bangunan baru.
6.6 En. Azni mencadangkan pihak sekolah menanam pokok Mempelam Harum Manis dan boleh mendapatkan sumbangan benih Harum Manis dari Jabatan Pertanian Perlis.
6.7 Pn. Aziza menyatakan menara pencawang untuk rangkaian Internat akan dibina di SK Kampong Salang.
6.8 En. Ahmad memaklumkan tentang duit tuisyen perlu disertakan resit secara bulanan. Pn Alina menyatakan resit akan diberi secara tahunan dan semua catatan telah direkodkan.
6.9 Pn Lasznah memaklumkan tentang keluar masuk oleh pihak Ibu Bapa semasa mengambil anak-anak telah dimaklumkan. Pengawal akan mencatat nama murid yang melanggar peraturan sekolah.
6.10 Banyak masalah rungutan kepada kantin termasuk ibubapa dan guru-guru.Pemantauan Jabatan Kesihatan, banyak sekolah kena sita.
6.11 En. Ab Rahman memaklumkan sukan tahunan sekolah pada 21 Jun tidak dapat dijalankan. Banyak program sekolah seperti senam robik, futsal dan bola jaring telah dapat dijalankan dengan bantuan guru praktikum.
6.12 Budget bagi membeli tilam lompat tinggi hanya beli satu sahaja iaitu RM800, kerana kos yang tinggi.
6.13 Anggaran kos yang dikeluarkan oleh pihak sekolah yang telah dibelanjakan sempena MSSM ialah RM 2,000.
6.14. En. Ab Rahman memohon sumbangan dari PIBG untuk peruntukkan Sukan Tahunan Sekolah.
6.15 En. Azni mencadangkan meminta sumbangan dari Dato Dr Hashim bagi aktiviti sekolah.

5.0 Tangguhan

5.1 Tuan Pengerusi berharap sumbangan dari PIBG dapat meningkatkan kemenjadian murid dari aspek akademik dan sahsiah .Mesyuarat ditangguh dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al Asr

.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.05 malam.

Disediakan oleh:
(SAHAIRUZIZAN BIN HJ SIDEN)

Setiausaha PIBG,

Sekolah Kebangsaan Kampong Salang.

Disemak oleh:

 

(TN. HJ AZALI BIN ABAS )

Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Kebangsaan Kampong Salang.