Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR : Bahasa Inggeris

Panitia Bahasa Inggeris SK Kampong Salang pada hari ini 24 Julai 2017 telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab UPSR kepada seluruh calon UPSR 2017 bagi menyiapkan para pelajar menghadapi cabaran UPSR yang kini sedang menghampiri. Bengkel ini telah dijalankan selama 2 jam bermula seawal jam 8 pagi kepada pelajar tahun 6 Siddiq dan 6 Amanah. Program ini telah diadakan di Makmal Komputer SKKS.