Sekolah Kebangsaan Kampong Salang atau nama ringkasnya SK Kampong Salang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di KM. 4, Jalan Kaki Bukit, Kangar,Perlis.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampong Salang memiliki 181 pelajar lelaki dan 163 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 344 orang. Ia mempunyai seramai 32 orang guru.

Sejarah
Sekolah Kebangsaan Kampong Salang telah ditubuhkan pada tahun 1918. Ia adalah antara sekolah yang tertua di negeri Perlis dan dikenali dengan nama Sekolah Umum Kampong Salang. Pengasas sekolah ini ketika itu ialah Tok Awang bin Mohd Khan, seorang anak tempatan. Tapak asal sekolah ini terletak di hadapan jalan masuk ke sekolah iaitu tapak rumah kakitangan Jabatan Parit dan Tali Air sekarang ini.

Semasa diasaskan, sekolah ini hanya mempunyai 15 orang murid dan 3 orang tenaga pengajar. Apabila bilangan pelajar bertambah, tapak sekolah ini dipindahkan ke tapak sekolah sekarang. Dua buah bangunan kayu yang tinggi, berdinding zink dan beratap rumbia dibina sebagai sekolah. Bangunan yang ada sekarang ialah bangunan batu yang dibina pada tahun 1960.

Sekolah ini mempunyai satu sesi persekolahan sahaja dan kekal sehingga sekarang ini.

Senarai Guru Besar
(1918 – 1921) – Encik Tok Awang bin Mohd Khan
(1922 – 1923) – Encik Mohd Darus bin Haji Salleh
(1924 – 1925) – Encik Syed Darus bin Syed Hussain
(1925 – 1926) – Encik Ismail bin Jusoh
(1926 – 1928) – Encik Mahamood bin Haji A. Samad
(1928 – 1930) – Encik Hashim bin Tahir
(1930 – 1935) – Encik Kechik bin Junus
(1935 – 1939) – Encik Puteh bin Idris
(1939 – 1941) – Encik Hashim bin Md. Noor
(1941 – 1952) – Encik Ahmad bin Ibrahim
(1952 – 1958) – Encik Abdullah bin Yaakob
(1958 – 1965) – Encik Ahmad bin Haji Ibrahim
(1965 – 1966) – Encik Che Man bin Omar
(1966 – 1971) – Encik Ismail bin Salleh
(1971 – 1977) – Encik Busu bin Ibrahim
(1977 – 1979) – Encik Salleh bin Mohamad
(1979 – 1984) – Encik Sabri bin Yahya
(1984 – 1987) – Tuan Haji Zainudin bin Haji Abdul Ghani
(1987 – 1988) – Encik Mokhtar bin Md. Zain
(1988 – 1997) – Puan Noraini binti Ahmad
(1998 – 1999) – Encik Ahmad bin Ishak
(2000 – 2007) – Encik Ismail bin Darus
(2007 – 2011) – Encik Mohd Zain bin Manah
(2011 – 2014) – Puan Aziza binti Mahamud
(2014 – Sekarang) – Encik Muhammad Hafiz Bin Zainudin, PMP, PJK

Memorandum Persefahaman Antarabangsa
Sekolah Kebangsaan Kampong Salang telah menandatangani satu memorandum persefahaman antarabangsa bersama Bankhuan School, Satun Thailand dan menjadi satu program tahunan yang diadakan di negeri Perlis, Malaysia dan Satun, Thailand. Program ini dijalankan bagi menjalin persahabatan antara dua negara bagi mengenali serta mempelajari bahasa, budaya dan semua aspek dan nilai masyarakat setempat.